Sunday, August 16, 2009

Apa itu H1N1?

Apa itu H1N1?
Ia adalah sejenia Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah bertukar atau evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ (terbang bebas di udara) dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan ventilasi udara atau ‘air ventilation’ yang baik, akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US, sebelum terjadinya outbrake di Mexico. Tetapi ianya tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan tetapi US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico kemudiannya.

Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari, membolehkan ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat, dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk-batuk.

Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) pada peringkat awalnya, namun jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ membuatkan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Saturday, August 15, 2009

Rumusan penggunaan penutup muka (mask)

Rumusan penggunaan penutup muka (mask)
Kawasan
Mereka yang tidak berisiko tinggi
Mereka yang berisiko tinggi (rujuk soalan no. 2)
Komuniti
Tiada H1N1 di dalam masyarakat
Mask tidak disyorkan
H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang tidak sesak
Mask tidak disyorkan
H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang sesak
Mask tidak disyorkan
Hindari kawasan sesak.
Jika berada di kawasan sesak, pakailah mask
Rumah
Penjaga pesakit yang disyaki menghidap influenza
Mask tidak disyorkan
Mask disyorkan
Ahli lain di dalam rumah
Mask tidak disyorkan
Mask disyorkan
Pekerjaan (bukan penjagaan kesihatan)
H1N1 di dalam masyarakat
Mask tidak disyorkan, tetapi boleh dipertimbangkan bagi beberapa keadaan.
Mask disyorkan

Pekerjaan (penjagaan kesihatan)
Menjaga mereka yang disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza
Mask disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah disarankan
__________________

Panduan menggunakan surgical mask (3 Ply)


Panduan menggunakan surgical mask (3 Ply)

  1. Sekiranya anda mengalami gejala selesema, anda dinasihatkan berada di rumah. Jika perlu keluar, pastikan anda memakai surgical mask.
  2. Elakkan kawasan sesak. Pakai surgical mask jika anda berada di kawasan sedemikian.
  3. Basuh tangan sebelum memakai surgical mask dan selepas menggunakannya.
  4. Apabila memakai surgical mask, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:

    1. Bahagian berwarna sepatutnya berada di sebelah luar
    2. Ikat tali mask agar mask berada di kedudukan yang betul
    3. mask mestilah menutupi bahagian hidung, mulut dan dagu dengan kemas
    4. Kepingan logam pada mask perlu dibentukkan mengikut bentuk hidung bagi mengelakkan udara masuk
    5. mask tidak boleh digunakan melebih satu hari. Sekiranya basah, rosak atau tercemar oleh cecair badan pada bila-bila masa, tukar mask segera
    6. Buang mask yang telah digunakan ke dalam beg plastik yang perlu diikat dengan ketat sebelum dibuang ke dalam tong sampah

What are the case definitions ? Confirmed or Suspected?

What are the case definitions ?

  • Confirmed case: A person with an acute febrile respiratory illness with laboratory confirmed Influenza A (H1N1) virus infection by one or more of the following tests:
    • Real time RT-PCR
    • Viral culture
    • Four-fold rise influenza A (H1N1) virus specific neutralizing antibodies.
  • Suspected case: A Patient Under Investigation of Influenza A / H1N1 virus infection is defined as an individual presenting with
    1. fever , AND
    2. One or more of the following respiratory symptoms: cough, sore throat, body ache, difficulty in breathing, AND
    3. One or more of the following: close contact with a person diagnosed as Influenza A/H1N1 OR within 7 days of travel to an area reporting cases of confirmed Influenza A/H1N1 (within 7 days of exposure / contact)

Langkah Pencegahan jika mengunjungi negara yang dilanda H1N1

Jika Anda ke Luar Negara. Ambil Langkah-langkah Pencegahan:

Mengunjungi negara yang dilanda Influenza A (H1N1)

Lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak perlu ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, ambil langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami influenza A(H1N1) yang tinggi.
  • Elak melawat tempat-tempat yang sesak.
  • Elak bersentuhan dengan pesakit influenza A(H1N1). Jika anda terpaksa berdampingan dengan pesakit, gunakan alat perlindungan pernafasan yang sesuai.
  • Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas bersin atau batuk.
  • Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu dalam tong sampah.
  • Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.

Pulang dari negara yang dilanda influenza A(H1N1)

Ambil langkah-langkah berikut.

  • Elak berdamping rapat dengan orang lain selama 7 hari.
  • Segera dapatkan rawatan doktor jika dalam tempoh tersebut anda
    • Demam
    • dan mengalami salah satu gejala ini;
    • Batuk
    • Sesak nafas
    • Sakit tekak
    • Sakit kepala
    • Sakit badan
  • Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda influenza A(H1N1).

Amalkan Mencuci Tangan dengan betul

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
  2. Gosok kedua-dua tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah jari
  4. Gosok kuku di tapak tangan
  5. Gosok belakang tangan dan celah jari
  6. Cuci tangan dengan air bersih
  7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

  1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
  2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
  3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
  4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

Amalkan Mencuci Tangan:

  • Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  • Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  • Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  • Bila-bila masa tangan anda kotor

Cara menggunakan mask dengan betul

Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
  • Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
  • Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
    • - Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
  • Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
  • Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
  • Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.