Jika Anda ke Luar Negara. Ambil Langkah-langkah Pencegahan:
Mengunjungi negara yang dilanda Influenza A (H1N1)
Lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak perlu ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, ambil langkah-langkah pencegahan berikut:
- Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami influenza A(H1N1) yang tinggi.
- Elak melawat tempat-tempat yang sesak.
- Elak bersentuhan dengan pesakit influenza A(H1N1). Jika anda terpaksa berdampingan dengan pesakit, gunakan alat perlindungan pernafasan yang sesuai.
- Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas bersin atau batuk.
- Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu dalam tong sampah.
- Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.
Pulang dari negara yang dilanda influenza A(H1N1)
Ambil langkah-langkah berikut.
- Elak berdamping rapat dengan orang lain selama 7 hari.
- Segera dapatkan rawatan doktor jika dalam tempoh tersebut anda
- Demam
- dan mengalami salah satu gejala ini;
- Batuk
- Sesak nafas
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda influenza A(H1N1).
No comments:
Post a Comment