Saturday, August 15, 2009

Panduan Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

Panduan Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

1. Amalkan adab batuk yang baik
  • Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
  • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
  • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
3. Jangan kongsi peralatan peribadi
  • Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
  • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
  • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
  • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

No comments:

Post a Comment