Saturday, August 15, 2009

Penggunaan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask)

Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
  • Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
  • Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
  • Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).
Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
  • Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
  • Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
  • Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
  • Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.
Apakah kegunaan surgical mask?
  • Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
  • Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
  • Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.

No comments:

Post a Comment