Sunday, August 16, 2009
Apa itu H1N1?
Ia adalah sejenia Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah bertukar atau evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ (terbang bebas di udara) dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan ventilasi udara atau ‘air ventilation’ yang baik, akan ‘bersih’ dari virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US, sebelum terjadinya outbrake di Mexico. Tetapi ianya tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan tetapi US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico kemudiannya.
Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari, membolehkan ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat, dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk-batuk.
Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) pada peringkat awalnya, namun jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ membuatkan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.
Saturday, August 15, 2009
Rumusan penggunaan penutup muka (mask)
| Kawasan | Mereka yang tidak berisiko tinggi | Mereka yang berisiko tinggi (rujuk soalan no. 2) |
| Komuniti | ||
| Tiada H1N1 di dalam masyarakat | Mask tidak disyorkan | |
| H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang tidak sesak | Mask tidak disyorkan | |
| H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang sesak | Mask tidak disyorkan | Hindari kawasan sesak. Jika berada di kawasan sesak, pakailah mask |
| Rumah | ||
| Penjaga pesakit yang disyaki menghidap influenza | Mask tidak disyorkan | Mask disyorkan |
| Ahli lain di dalam rumah | Mask tidak disyorkan | Mask disyorkan |
| Pekerjaan (bukan penjagaan kesihatan) | ||
| H1N1 di dalam masyarakat | Mask tidak disyorkan, tetapi boleh dipertimbangkan bagi beberapa keadaan. | Mask disyorkan |
| Pekerjaan (penjagaan kesihatan) | ||
| Menjaga mereka yang disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza | Mask disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah disarankan | |
Panduan menggunakan surgical mask (3 Ply)
Panduan menggunakan surgical mask (3 Ply)
- Sekiranya anda mengalami gejala selesema, anda dinasihatkan berada di rumah. Jika perlu keluar, pastikan anda memakai surgical mask.
- Elakkan kawasan sesak. Pakai surgical mask jika anda berada di kawasan sedemikian.
- Basuh tangan sebelum memakai surgical mask dan selepas menggunakannya.
- Apabila memakai surgical mask, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:
- Bahagian berwarna sepatutnya berada di sebelah luar
- Ikat tali mask agar mask berada di kedudukan yang betul
- mask mestilah menutupi bahagian hidung, mulut dan dagu dengan kemas
- Kepingan logam pada mask perlu dibentukkan mengikut bentuk hidung bagi mengelakkan udara masuk
- mask tidak boleh digunakan melebih satu hari. Sekiranya basah, rosak atau tercemar oleh cecair badan pada bila-bila masa, tukar mask segera
- Buang mask yang telah digunakan ke dalam beg plastik yang perlu diikat dengan ketat sebelum dibuang ke dalam tong sampah
- Bahagian berwarna sepatutnya berada di sebelah luar
What are the case definitions ? Confirmed or Suspected?
What are the case definitions ?
- Confirmed case: A person with an acute febrile respiratory illness with laboratory confirmed Influenza A (H1N1) virus infection by one or more of the following tests:
- Real time RT-PCR
- Viral culture
- Four-fold rise influenza A (H1N1) virus specific neutralizing antibodies.
- Suspected case: A Patient Under Investigation of Influenza A / H1N1 virus infection is defined as an individual presenting with
- fever , AND
- One or more of the following respiratory symptoms: cough, sore throat, body ache, difficulty in breathing, AND
- One or more of the following: close contact with a person diagnosed as Influenza A/H1N1 OR within 7 days of travel to an area reporting cases of confirmed Influenza A/H1N1 (within 7 days of exposure / contact)
Langkah Pencegahan jika mengunjungi negara yang dilanda H1N1
Jika Anda ke Luar Negara. Ambil Langkah-langkah Pencegahan:
Mengunjungi negara yang dilanda Influenza A (H1N1)
Lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak perlu ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, ambil langkah-langkah pencegahan berikut:
- Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami influenza A(H1N1) yang tinggi.
- Elak melawat tempat-tempat yang sesak.
- Elak bersentuhan dengan pesakit influenza A(H1N1). Jika anda terpaksa berdampingan dengan pesakit, gunakan alat perlindungan pernafasan yang sesuai.
- Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas bersin atau batuk.
- Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu dalam tong sampah.
- Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.
Pulang dari negara yang dilanda influenza A(H1N1)
Ambil langkah-langkah berikut.
- Elak berdamping rapat dengan orang lain selama 7 hari.
- Segera dapatkan rawatan doktor jika dalam tempoh tersebut anda
- Demam
- dan mengalami salah satu gejala ini;
- Batuk
- Sesak nafas
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda influenza A(H1N1).
Amalkan Mencuci Tangan dengan betul
Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
- Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
- Gosok kedua-dua tapak tangan
- Gosok setiap jari dan celah jari
- Gosok kuku di tapak tangan
- Gosok belakang tangan dan celah jari
- Cuci tangan dengan air bersih
- Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
- Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
- Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
- Letak bahan pencuci ke tapak tangan
- Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
- Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
- Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
- Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Bila-bila masa tangan anda kotor
Cara menggunakan mask dengan betul
- Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
- Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
- - Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
- Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
- Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
- Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.
Penggunaan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask)
Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
- Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
- Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
- Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).
Apakah kegunaan surgical mask?
- Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
- Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
- Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
- Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.
- Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
- Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
- Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.
Panduan Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
1. Amalkan adab batuk yang baik
- Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
- Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
- Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
- Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
- Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
- Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
- Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
- Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
- Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
- Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas
- Kanak-kanak dan remaja (<>
- Wanita mengandung
- Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
- Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
- Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
- Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
- Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
- Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.
Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
- Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
- Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
- Batuk berdarah atau kahak berdarah
- Sakit dada berterusan
- Cirit-birit atau muntah yang kerap
- Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
- Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
- Rasa pening apabila berdiri
- Kurang kencing
Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
- Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
- Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
- Berehat secukupnya.
- Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
- Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
Friday, August 14, 2009
Senarai Hospital Khas (Designated Hospital) Kerajaan Untuk Merawat Kes-Kes Influenza A(H1N1)
PERLIS | |
HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR | No. Telefon : 04-9763333 |
KEDAH | |
HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH | No. Telefon : 04-7406233 |
HOSPITAL KULIM | No. Telefon : 04-4272733 |
HOSPITAL LANGKAWI | No. Telefon : 04-9663333 |
| PULAU PINANG | |
HOSPITAL PULAU PINANG | No. Telefon : 04-2225333 |
PERAK | |
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN | No. Telefon : 05-2533333/ 2536052 |
HOSPITAL SLIM RIVER | No. Telefon : 05-4526467 |
| SELANGOR | |
HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG | No. Telefon : 03-33757000 |
HOSPITAL SUNGAI BULOH | No. Telefon : 03-61454333 |
| NEGERI SEMBILAN | |
HOSPITAL TUANKU JAAFAR | No. Telefon : 06-7623333/ 7684000 |
| MELAKA | |
HOSPITAL MELAKA | No. Telefon : 06-2822344 |
| JOHOR | |
HOSPITAL SULTANAH AMINAH | No. Telefon : 07-2257000 |
HOSPITAL BATU PAHAT | No. Telefon : 07-4341999/ 4340654 |
| PAHANG | |
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN | No. Telefon : 09-5133333 |
HOSPITAL SULTAN AHMAD SHAH, TEMERLOH | No. Telefon : 09-2955333 |
| TERENGGANU | |
HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH | No. Telefon : 09-6212121 |
| KELANTAN | |
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II | No. Telefon : 09-7452000 |
HOSPITAL TUMPAT | No. Telefon : 09-7257533 |
| W.P. KUALA LUMPUR | |
HOSPITAL KUALA LUMPUR | No. Telefon : 03-26155555 |
INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI | No. Telefon : 03-40232966 (IPR) |
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA | No. Telefon : 03-79494422 |
SARAWAK | |
HOSPITAL UMUM SARAWAK | No. Telefon : 082-276666 |
HOSPITAL SIBU | No. Telefon : 084-343333 |
HOSPITAL MIRI | No. Telefon : 085-420033 |
HOSPITAL BINTULU | No. Telefon : 086-255899 |
SABAH | |
HOSPITAL QUEEN ELIZABETH, KOTA KINABALU | No. Telefon : 088-218166 |
HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | No. Telefon : 089-212111 |
HOSPITAL TAWAU | No. Telefon : 089-773533 |
W.P. LABUAN | |
HOPITAL LABUAN | No. Telefon : 087-423922/ 423919 |
Info about Influenze A/ H1N1/ SWINE FLU /SELSEMA BABI)
What is swine flu?
Swine Influenza (swine flu) is a respiratory disease of pigs caused by type A influenza viruses that causes regular outbreaks in pigs. People do not normally get swine flu, but human infections can and do happen. Swine flu viruses have been reported to spread from person-to-person, but in the past, this transmission was limited and not sustained beyond three people.
Are there human infections with swine flu in the U.S.?
In late March and early April 2009, cases of human infection with swine influenza A (H1N1) viruses were first reported in Southern California and near San Antonio, Texas. Other U.S. states have reported cases of swine flu infection in humans and cases have been reported internationally as well. An updated case count of confirmed swine flu infections in the United States is kept at http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm CDC and local and state health agencies are working together to investigate this situation.
Is this swine flu virus contagious?
CDC has determined that this swine influenza A (H1N1) virus is contagious and is spreading from human to human. However, at this time, it not known how easily the virus spreads between people.
What are the signs and symptoms of swine flu in people?
The symptoms of swine flu in people are similar to the symptoms of regular human flu and include fever, cough, sore throat, body aches, headache, chills and fatigue. Some people have reported diarrhea and vomiting associated with swine flu. In the past, severe illness (pneumonia and respiratory failure) and deaths have been reported with swine flu infection in people. Like seasonal flu, swine flu may cause a worsening of underlying chronic medical conditions.
How does swine flu spread?
Spread of this swine influenza A (H1N1) virus is thought to be happening in the same way that seasonal flu spreads. Flu viruses are spread mainly from person to person through coughing or sneezing of people with influenza. Sometimes people may become infected by touching something with flu viruses on it and then touching their mouth or nose.
How can someone with the flu infect someone else?
Infected people may be able to infect others beginning 1 day before symptoms develop and up to 7 or more days after becoming sick. That means that you may be able to pass on the flu to someone else before you know you are sick, as well as while you are sick.
What should I do to keep from getting the flu?
First and most important: wash your hands. Try to stay in good general health. Get plenty of sleep, be physically active, manage your stress, drink plenty of fluids, and eat nutritious food. Try not touch surfaces that may be contaminated with the flu virus. Avoid close contact with people who are sick.
Are there medicines to treat swine flu?
Yes. CDC recommends the use of oseltamivir or zanamivir for the treatment and/or prevention of infection with these swine influenza viruses. Antiviral drugs are prescription medicines (pills, liquid or an inhaler) that fight against the flu by keeping flu viruses from reproducing in your body. If you get sick, antiviral drugs can make your illness milder and make you feel better faster. They may also prevent serious flu complications. For treatment, antiviral drugs work best if started soon after getting sick (within 2 days of symptoms).
How long can an infected person spread swine flu to others?
People with swine influenza virus infection should be considered potentially contagious as long as they are symptomatic and possible for up to 7 days following illness onset. Children, especially younger children, might potentially be contagious for longer periods.
What surfaces are most likely to be sources of contamination?
Germs can be spread when a person touches something that is contaminated with germs and then touches his or her eyes, nose, or mouth. Droplets from a cough or sneeze of an infected person move through the air. Germs can be spread when a person touches respiratory droplets from another person on a surface like a desk and then touches their own eyes, mouth or nose before washing their hands.
How long can viruses live outside the body?
We know that some viruses and bacteria can live 2 hours or longer on surfaces like cafeteria tables, doorknobs, and desks. Frequent handwashing will help you reduce the chance of getting contamination from these common surfaces.
What can I do to protect myself from getting sick?
There is no vaccine available right now to protect against swine flu. There are everyday actions that can help prevent the spread of germs that cause respiratory illnesses like influenza. Take these everyday steps to protect your health:
- Cover your nose and mouth with a tissue when you cough or sneeze. Throw the tissue in the trash after you use it.
- Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hand cleaners are also effective.
- Avoid touching your eyes, nose or mouth. Germs spread this way.
- Try to avoid close contact with sick people.
- If you get sick with influenza, CDC recommends that you stay home from work or school and limit contact with others to keep from infecting them.
What is the best way to keep from spreading the virus through coughing or sneezing?
If you are sick, limit your contact with other people as much as possible. Do not go to work or school if ill. Cover your mouth and nose with a tissue when coughing or sneezing. It may prevent those around you from getting sick. Put your used tissue in the waste basket. Cover your cough or sneeze if you do not have a tissue. Then, clean your hands, and do so every time you cough or sneeze.
What is the best way to keep from spreading the virus through coughing or sneezing?
If you are sick, limit your contact with other people as much as possible. Do not go to work or school if ill. Cover your mouth and nose with a tissue when coughing or sneezing. It may prevent those around you from getting sick. Put your used tissue in the waste basket. Cover your cough or sneeze if you do not have a tissue. Then, clean your hands, and do so every time you cough or sneeze.
What is the best technique for washing my hands to avoid getting the flu?
Washing your hands often will help protect you from germs. Wash with soap and water. or clean with alcohol-based hand cleaner. we recommend that when you wash your hands — with soap and warm water — that you wash for 15 to 20 seconds. When soap and water are not available, alcohol-based disposable hand wipes or gel sanitizers may be used. You can find them in most supermarkets and drugstores. If using gel, rub your hands until the gel is dry. The gel doesn’t need water to work; the alcohol in it kills the germs on your hands.
What should I do if I get sick?
If you live in areas where swine influenza cases have been identified and become ill with influenza-like symptoms, including fever, body aches, runny nose, sore throat, nausea, or vomiting or diarrhea, you may want to contact their health care provider, particularly if you are worried about your symptoms. Your health care provider will determine whether influenza testing or treatment is needed.
If you are sick, you should stay home and avoid contact with other people as much as possible to keep from spreading your illness to others.
If you become ill and experience any of the following warning signs, seek emergency medical care.
In children emergency warning signs that need urgent medical attention include:
- Fast breathing or trouble breathing
- Bluish skin color
- Not drinking enough fluids
- Not waking up or not interacting
- Being so irritable that the child does not want to be held
- Flu-like symptoms improve but then return with fever and worse cough
- Fever with a rash
In adults, emergency warning signs that need urgent medical attention include:
- Difficulty breathing or shortness of breath
- Pain or pressure in the chest or abdomen
- Sudden dizziness
- Confusion
- Severe or persistent vomiting
How serious is swine flu infection?
Like seasonal flu, swine flu in humans can vary in severity from mild to severe. Between 2005 until January 2009, 12 human cases of swine flu were detected in the U.S. with no deaths occurring. However, swine flu infection can be serious. In September 1988, a previously healthy 32-year-old pregnant woman in Wisconsin was hospitalized for pneumonia after being infected with swine flu and died 8 days later. A swine flu outbreak in Fort Dix, New Jersey occurred in 1976 that caused more than 200 cases with serious illness in several people and one death.
Can I get swine influenza from eating or preparing pork?
No. Swine influenza viruses are not spread by food. You cannot get swine influenza from eating pork or pork products. Eating properly handled and cooked pork products is safe.
Source: http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm (Centre For Disease Control And Prevention)



